Pastikan keselamatan kampung terjaga

Pastikan keselamatan kampung terjaga

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Dalam memastikan keselamatan kampung, anggota Balai Polis Kuala Belait dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan A, telah menjalankan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah di kawasan Kampung Pandan A malam kelmarin.

Dengan diketuai Sjn 3392 Jailani bin Haji Johari dari Bahagian Perhubungan Pengawasan Kejiranan, Balai Polis Kuala Belait, rondaan berkenaan melibatkan lapan orang anggota polis dan sembilan orang ahli pengawasan kejiranan dan turut disertai oleh Ketua Kampung Pandan A, Awang Sulaiman bin Udin.

Operasi rondaan dijalankan secara berjalan kaki dan juga menggunakan kenderaan, mana-mana kenderaan dan orang yang berjalan kaki merayau-rayau pada waktu malam dan mencurigakan telah ditahan dan diperiksa.

Bagaimanapun, operasi yang bermula pukul 10:30 malam hingga 12:30 tengah malam yang menumpukan sekitar kawasan Perumahan Kampung Pandan A itu tidak menemukan sebarang aktiviti jenayah.

Gambar ramai anggota Balai Polis Kuala Belait bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan A yang telah menjalankan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah di kawasan Kampung Pandan A.
Gambar ramai anggota Balai Polis Kuala Belait bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan A yang telah menjalankan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah di kawasan Kampung Pandan A.

ARTIKEL YANG SAMA