Pastikan keselamatan kampung terjaga

Pastikan keselamatan kampung terjaga

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Dalam memastikan keselamatan kampung, operasi-operasi pencegahan jenayah terus dilaksanakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei bersama-sama Pengawasan Kejiranan.

Turut menjalankan operasi seumpamanya, malam tadi, ialah anggota Balai Polis Kampong Ayer bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumapas ‘A’ dengan melibatkan rondaan di kawasan STKRJ Kampung Lumapas ‘A’.

Rondaan berkenaan diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Kampung Ayer, Insp Muhammad Marzuqi Koo bin Abdullah.

Bagaimanapun, pemantauan menggunakan kereta polis dan berjalan kaki yang bermula dari pukul 10 malam hingga 12:35 tengah malam itu tidak menemui sebarang jenayah dan perkara yang mencurigakan.

Seramai 20 orang anggota polis bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung RPN Panaga 2000 terlibat dalam rondaan tersebut.
Seramai 20 orang anggota polis bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung RPN Panaga 2000 terlibat dalam rondaan tersebut.
Gambar ramai anggota Balai Polis Kampong Ayer bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumapas ‘A’ yang ikut serta dalam rondaan di kawasan STKRJ Kampung Lumapas ‘A’.
Gambar ramai anggota Balai Polis Kampong Ayer bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumapas ‘A’ yang ikut serta dalam rondaan di kawasan STKRJ Kampung Lumapas ‘A’.
Semasa rondaan dijalankan di kawasan STKRJ Kampung Lumapas ‘A’.
Semasa rondaan dijalankan di kawasan STKRJ Kampung Lumapas ‘A’.

Operasi seumpamanya juga telah diadakan di sekitar kawasan Perumahan Kampung Panaga 2000, Kuala Belait, malam tadi, dengan melibatkan 20 orang anggota polis dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung RPN Panaga 2000.

Mengetuai operasi berkenaan ialah OCS Seria P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi dan Sjn 2696 Zamri bin Haji Buang. Turut serta ialah Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan, Awang Zaleha bin Lahap dan Haji Zulkarman bin Mohd Bakar.

Rondaan secara berjalan kaki dan menggunakan kereta polis itu berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam, dan tiada perbuatan jenayah yang ditemui.

ARTIKEL YANG SAMA