Pastikan keselamatan kampung terjaga sambut Syawal

Pastikan keselamatan kampung terjaga sambut Syawal

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 5 Julai Bagi memastikan keselamatan kampung menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan mula disambut esok, anggota Balai Polis Seria bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung RPN Panaga, malam tadi, telah menjalankan satu lagi operasi rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan Perumahan Kampung Panaga.

Operasi berkenaan telah diketuai oleh Sarjan Zamri bin Haji Bujang dari Bahagian Perhubungan Pengawasan Kejiranan Balai Polis Seria dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung RPN Panaga, Awang Zaleha bin Lahap.

Disertai oleh tiga orang anggota Balai Polis Seria bersama tujuh orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung RPN Panaga Seria, operasi berkenaan telah bermula kira-kira pukul 11:30 malam, dengan membuat rondaan secara berjalan kaki dan rondaan menggunakan kenderaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang perbuatan jenayah ditemui sepanjang operasi berkenaan yang berakhir kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah sempena menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Baginda Sultan.
Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah sempena menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Baginda Sultan.

ARTIKEL YANG SAMA