Pastikan keselamatan Sabah

Pastikan keselamatan Sabah

KINABATANGAN, 8 Mac (Bernama) – Polis Sabah kini menumpukan terhadap risikan dan tindakan bagi memastikan keselamatan negeri berkenaan tidak digugat oleh anasir jahat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi memastikan Sabah terus selamat.

“Saya tidak boleh mendedahkan terlalu banyak perkara didedahkan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), tetapi percayalah kami tidak berdiam diri dan akan berusaha keras bagi memastikan Sabah terus selamat.

Datuk Abdul Rashid Harun bersalaman dengan pemimpin masyarakat ketika lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan hari ini. – Bernama
Datuk Abdul Rashid Harun bersalaman dengan pemimpin masyarakat ketika lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan hari ini. – Bernama

“Setakat ini, polis berusaha keras untuk melakukan risikan dan tindakan untuk memastikan keselamatan Sabah tidak mudah digugat dan selebihnya, biarlah kami menjalankan tugas,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan hari ini.