Pastikan malim gunung dilindungi insurans

Pastikan malim gunung dilindungi insurans

KUNDASANG, 25 Jun (Bernama) – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun akan berusaha memastikan setiap malim gunung bertugas di lapangan mendapat perlindungan insurans.

Dalam hal ini, Masidi berkata, malim gunung tidak perlu membuat apa-apa pembayaran, sebaliknya kumpulan pendaki yang menggunakan perkhidmatan mereka akan membayar insurans itu menerusi kos pendakian.

“Kita akan buat satu pakej yang secara tidak langsung kos pendakian (secara berkumpulan) itu adalah merangkumi pembayaran insurans.Ini bermakna, malim gunung secara automatik mendapat perlindungan insurans daripada kos pendakian tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Masidi berkata tidak semestinya kos pendakian dibayar pendaki akan meningkat berikutan penambahan item tersebut.