Pastikan peralatan di sekolah dalam keadaan baik

Pastikan peralatan di sekolah dalam keadaan baik

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Balai Polis Sengkurong, baru-baru ini, telah menjalankan pemeriksaan alat-alat yang disediakan untuk kakitangan di Sekolah Rendah Sengkurong bagi memastikannya dalam keadaan baik.

Pemeriksaan berkenaan diketuai oleh Inspektor Kanan Alfie Wayne Boyd, dan turut disaksikan oleh para pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan.

Sebelum ini, pemeriksaan kerap dijalankan di balai-balai, bagaimanapun pemilihan tempat berkenaan adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para pelajar dan guru tentang aktiviti pihak polis di dalam pasukan, sekali gus menjana minat untuk menjadikan anggota polis sebagai kerjaya di masa akan datang.

Para pelajar juga diberikan taklimat mengenai disiplin dan bagaimana untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

Para pelajar turut berpeluang mendengar taklimat semasa pemeriksaan berkenaan.
Para pelajar turut berpeluang mendengar taklimat semasa pemeriksaan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA