Pastikan persiapan berjalan lancar

Pastikan persiapan berjalan lancar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan akan menjadi tumpuan orang ramai bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat bagi Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun, pada Ahad ini.

Sehubungan itu, raptai penuh persediaan persembahan diadakan hari ini bagi memastikan majlis itu berjalan dengan lancar.

Hadir bagi menyaksikan latihan raptai penuh itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 Tahun, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 Tahun, menyaksikan raptai penuh di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien pagi kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 Tahun, menyaksikan raptai penuh di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien pagi kelmarin.
Raptai penuh persembahan yang membawa tema ‘Daulat Raja Merentas Zaman’.
Raptai penuh persembahan yang membawa tema ‘Daulat Raja Merentas Zaman’.

pg03_160721_d

Suasana latihan raptai penuh pagi kelmarin.
Suasana latihan raptai penuh pagi kelmarin.

Tema persembahan pada tahun ini ialah ‘Daulat Raja Merentas Zaman’ yang membawa konsep berlandaskan keagamaan dalam mencapai kemajuan negara yang berdaulat, penduduk Daerah Brunei dan Muara mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam mendokong dan menjana ekonomi negara melalui ‘Satu Produk Satu Kampung’

Majlis itu nanti turut menyaksikan perlawanan akhir tarik kalat peringkat kebangsaan dan pengurniaan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir semasa sesi raptai pagi ini ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam; Timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar; Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 Tahun pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA