Pastikan sempadan tidak ditembusi Daesh

Pastikan sempadan tidak ditembusi Daesh

BANGKOK, 29 Julai – Semua pihak terlibat dalam pengurusan sempadan Malaysia-Thai perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga bagi memastikan sempadan bersama kedua-dua negara itu tidak ditembusi anasir pengganas Daesh.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata jawatankuasa tertinggi pengurusan sempadan kedua-dua negara telah menekankan kebimbangannya terhadap ancaman terbabit.

“Kami (Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai) tekankan kebimbangan kami pada ancaman IS (Islamic State atau Daesh), kemasukan anasir-anasir yang boleh memudaratkan keselamatan Malaysia dan Thailand di sempadan bersama.”

“Semua yang terlibat dalam pengurusan sempadan bersama Malaysia-Thai perlu tingkatkan kewaspadaan dan kesiapsiagaan untuk elak anasir-anasir (Daesh) daripada tembusi sempadan kita,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai ke-33 bersama rakan sejawatannya dari Thailand Jen Sommai Kaotira di sini. – Bernama

Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor membuat rondaan di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand. - Bernama
Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor membuat rondaan di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA