Pasukan Afghan tawan semula Kunduz

Pasukan Afghan tawan semula Kunduz

KUNDUZ, Afghanistan, 1 Okt (AFP) – Pasukan Afghanistan ditekan ke tengah Kunduz hari ini, mencetuskan pertempuran senjata ketika mereka berusaha untuk menyingkirkan pemberontak yang menawan bandar utara itu selama tiga hari.

Kejatuhan bandar wilayah itu walaupun hanya sementara, telah menonjolkan potensi pemberontakan yang degil dalam mengembangkan kuasanya di luar kubu kuat luar bandar di selatan negara ini.

Pasukan Afghanistan yang dihambat oleh ketibaan perlahan pasukan bantuan sokongan tentera khas NATO dan tentera udara Amerika Syarikat, bergelut untuk mendapatkan semula kawalan bandar selepas tiga hari pertempuran berat. Tetapi pada Khamis, konvoi tentera itu berjaya masuk ke pusat Kunduz selepas serangan pencegah keganasan semalaman.

Para penduduk memberitahu AFP yang pertempuran senjata masih lagi kedengaran di beberapa bahagian di bandar itu dan jalan-jalan dipenuhi oleh mayat-mayat Taliban serta kenderaan yang rentung.

Pasukan keselamatan Afghanistan meneruskan pemantauan selepas mengambil semula kawalan ke atas bandar Kunduz daripada militan Taliban. – AFP
Pasukan keselamatan Afghanistan meneruskan pemantauan selepas mengambil semula kawalan ke atas bandar Kunduz daripada militan Taliban. – AFP

“Pasukan khas Afghan kini mengawal semula bandar Kunduz dan memerangi pengganas,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi berkata di Twitter, sambil menambah pemberontak telah mengalami kecederaan berat.

“Operasi pelenyapan akan mengambil sedikit masa lagi ketika lebihan Taliban masih menembak dari dalam rumah-rumah orang awam dan perangkap telah ditanam di tempat-tempat tertentu.”

Taliban menghantar mesej bercampur baur berkaitan dengan kemajuan mereka hari ini, dengan jurucakap Zabihullah Mujahid menegaskan yang pasukan militan sedang mempertahankan kawasan mereka di bandar itu.

ARTIKEL YANG SAMA