Pasukan AS mahu balas dendam

Pasukan AS mahu balas dendam

EDMONTON, 3 Julai (Reuters) – Juara bertahan, Jepun dan pesaing Amerika (AS) bersedia bagi perlawanan akhir Piala Dunia Wanita di Vancouver pada Ahad ini di mana kedua buah pasukan akan menambah motivasi cuba untuk membalas dendam bagi kekalahan lalu kepada sesama sendiri.

Bagi pasukan AS, ia adalah mengenai membalas dendam kekalahan mereka kepada Jepun pada Piala Dunia 2011 di mana kejayaan menerusi sepakan penalti selepas perlawanan berkesudahan seri 2-2 pada masa tambahan.

Bagi juara bertahan dunia, perlawanan itu meletakkan peluang untuk membalas ke atas pasukan AS bagi kemenangan mereka 2-1 dalam pingat emas pada Olimpik London 2012.

“(Pasukan AS) memenangi pingat emas Olimpik tetapi kami tidak akan menyerahkan Piala Dunia. Ia adalah semangat yang ada bersama kami,” kata pemain tengah Jepun, Aya Miyama.

Kebanyakan peminat Jepun masih jelas dengan kegagalan pengadil yang kontroversi untuk memberikan Jepun sepakan penalti ketika perlawanan merebut pingat emas apabila pemain midfield Tobin Heath terkena tangan dalam kawasan penalti.

Pasukan AS ketika menang melawan Jerman pada Selasa lepas. – Reuters
Pasukan AS ketika menang melawan Jerman pada Selasa lepas. – Reuters

Heath, pada satu sudut, masih mempunyai memori menyakitkan apabila sepakan penaltinya diselamatkan dalam sepakan penentuan 2011 selepas rakan sepasukan Carli Lloyd dan Shannon Boxx juga gagal menyudahkan sepakan.

Ketiga pemain itu ada bersama skuad AS yang dikendalikan Jill Ellis sekarang dan berazam akan memadamkan memori itu dengan memenangi gelaran Piala Dunia ketiga negara itu dan yang pertama sejak 1999. “Ini adalah dua pasukan berbakat dengan banyak sejarah dan persaingan, dan saya rasa ia adalah persaingan yang klasik,” kata Ellis.

“Kedua-dua buah pasukan mempunyai pemain yang sama dari 2011, tetapi ini adalah pasukan yang berbeza dengan perjalanan berbeza, dan saya tahu kesemua 23 pemain dan kakitangan kami merasa teruja bagi cabaran seterusnya.”

ARTIKEL YANG SAMA