Pasukan bantuan ABDB, SAF berlepas ke Nepal

Pasukan bantuan ABDB, SAF berlepas ke Nepal

SINGAPURA, 30 April – Pasukan bantuan kemanusiaan ke Nepal dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan  pasukan Unit Simpanan Gurkha (GRU) seramai lapan orang, bersama anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), hari ini, berlepas ke Kathmandu menaiki pesawat C-130 Angkatan Tentera Udara Singapura.

Mereka tiba di Singapura malam tadi, di mana mereka menyertai anggota SAF dari Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Penyelarasan Bantuan Bencana Serantau Changi.

Pesawat C-130 tersebut membawa bekalan keperluan dan perubatan, serta enam pegawai SAF dari Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Penyelarasan Bantuan Serantau Changi (RHCC) dan anggota ABDB dalam Operasi Kukri.

Para anggota ABDB akan menyertai pasukan perubatan SAF yang dikerahkan ke bandar Gokarna, di mana kedua-dua angkatan tentera akan bekerjasama untuk menyediakan bantuan perubatan kepada para mangsa gempa di Nepal.

Pasukan ini akan membantu pihak berkuasa pengurusan bencana Nepal dan tentera dalam menyelaraskan usaha bantuan itu nanti.

Pengerahan anggota ABDB kepada RHCC menunjukkan hubungan pertahanan yang sangat baik antara ABDB dan SAF.

p04-5_20150501

Pasukan bantuan kemanusiaan yang berlepas ke Kathmandu, kelmarin.
Pasukan bantuan kemanusiaan yang berlepas ke Kathmandu, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA