Pasukan Belanda kuasai perlumbaan kereta solar

ADELAIDE, Australia, 12 Okt – Pasukan dominan dari Belanda ‘Nuon’ hari ini memenangi perlumbaan epik kereta solar 3,000 kilometer menyeberangi kawasan pedalaman Australia bagi tahun ketiga berturut-turut dalam persaingan inovatif yang memperlihatkan teknologi baru kenderaan.

World Solar Challenge, kali pertama diadakan pada tahun 1987 dan kali terakhir di adakan pada tahun 2015, bermula di bandar utara Darwin pagi Ahad lalu dengan 41 buah kereta turut serta, dengan Adelaide di negeri Selatan Australia destinasi terakhir.

Tepuk sorak dan jeritan “Nuna” bergema dari kontinjen besar Belanda apabila kereta “Nuna 9 – yang bergerak pada kelajuan purata 81.2 kilometer sejam melepasi garisan tamat pada pertengahan tengah hari.

“Selamat datang ke #Adelaide @NuonSolarTeam, pemenang bagi @bridgeston #BWSC17 Schneider Electric Challenger Class,” penganjur perlumbaan menyatakan dalam Twitter.

Pasukan Solar Nuon dari Belanda bersaing semasa hari pertama Cabaran Solar Sedunia 2017 berhampiran Katherine, Australia pada 8 Oktober. – AP

“Novum” dari Universiti Michigan AS di tempat kedua mengatasi Punch Powertrain dari Belgium yang menduduki tempat ketiga.

Acara ini telah menjadi salah satu cabaran inovasi terpenting di dunia dengan pasukan-pasukan memperlihatkan rekaan yang satu hari boleh membawa kepada kenderaan berkuasa solar untuk penumpang-penumpang yang dapat diperolehi secara komersil.

Pengasas bersama Google, Larry Page dan pengasas bersama Tesla, J B Straubel adalah peserta-peserta lalu yang memuji acara ini mempengaruhi karier mereka.

Kemenangan itu adalah ketujuh bagi Nuon dengan kereta mereka mengatasi langit berawan ketika mereka mendahului persaingan pada awalnya dan terus di hadapan dalam kelas elit Challenger, dengan menonjolkan kenderaan aerodinamik satu tempat duduk yang dibina bagi ketahanan yang mapan dan kemahiran penjimatan tenaga. – AFP