Pasukan Berjaya Kolej IGS anjur kejohanan boling

Pasukan Berjaya Kolej IGS anjur kejohanan boling

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Sebagai sebahagian keperluan akademik mereka, Pasukan Berjaya yang merangkumi pelajar ijazah tahun akhir daripada Kolej International Graduates Studies (IGS) baru-baru ini menganjurkan kejohanan boling.

Kejohanan itu terbuka kepada para pelajar, pengurusan dan staf, anggota keluarga serta rakan-rakan mereka.

Penganjurannya dalah sebagai memenuhi kriteria akademik pelajar ijazah tahun akhir, mewujudkan platform bagi pelajar dan kolej untuk berkomunikasi dan berkongsi idea serta mempromosikan gaya hidup sihat termasuk melalui sukan boling.

Tetamu kehormat sempena kejohanan itu ialah Pegawai Kewangan dan Pengurusan Aset Kolej IGS, Pengiran Haji Mohd Rahimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abd Momin.

Gambar ramai para pemenang kejohanan boling anjuran Pasukan Berjaya yang merangkumi pelajar ijazah tahun akhir Kolej IGS baru-baru ini.
Gambar ramai para pemenang kejohanan boling anjuran Pasukan Berjaya yang merangkumi pelajar ijazah tahun akhir Kolej IGS baru-baru ini.

Sebanyak 64 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu dan kumpulan.

Kejohanan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Juara kategori individu menerima hadiah $150 dan sijil, tempat kedua $100 dan sijil manakala di tempat ketiga menerima hadiah $40 berserta sijil.

Sementara itu pemenang pertama kategori kumpulan menerima hadiah $400 dan sijil, kedua $250 dan sijil manakala di tempat ketiga menerima hadiah $150 berserta sijil.

ARTIKEL YANG SAMA