Pasukan BEST 1006 adakan pertemuan

Pasukan BEST 1006 adakan pertemuan

Oleh Hamdannajib Domeng

 

SERAMAI 35 orang bekas ahli-ahli pengakap Pasukan Berakas English School Troop (BEST 1006) bagi pengambilan Tahun 1976-1993 telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula (Reunion) yang berlangsung di sebuah restoran di Kiulap baru-baru ini.

Turut diraikan pada majlis tersebut ialah salah seorang pengasas Pasukan BEST 1006, Haji Husin bin Budin.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Fatihah dan tahlil buat rakan-rakan ahli pengakap yang telah kembali ke rahmatullah, yang dipimpin oleh salah seorang bekas ahli Pasukan BEST 1006, iaitu Pengiran Khairul Anuar bin Pengiran Haji Abd Rahim dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan menyaksikan tayangan klip video sepanjang penglibatan mereka dalam Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. Majlis turut diserikan dengan cabutan nombor bertuah.

Berjaya dalam bidang kerjaya

Pada majlis berkenaan, Haji Husin bin turut menyampaikan kata-kata aluan yang mana menurutnya, Pasukan BEST 1006 ditubuhkan pada 24 Februari 1976 telah melahirkan ramai ahli-ahli yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing sejak penubuhannya.

Majlis diakhiri dengan rakaman bergambar ramai sebagai kenangan bersama.
Majlis diakhiri dengan rakaman bergambar ramai sebagai kenangan bersama.
Di antara rakan-rakan yang hadir dalam pertemuan tersebut.
Di antara rakan-rakan yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Dalam pertemuan semula itu jelas kelihatan kegembiraan dan kemesraan yang selama ini terjalin semasa di dalam Pasukan BEST 1006 itu bertambah kukuh, erat dengan ikatan dan keakraban persahabatan.

Selepas menamatkan alam persekolahan masing-masing sibuk mencari kerja dan ada juga yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi lagi. Semasa pertemuan semula itu, masing-masing menceritakan perihal diri masing-masing setelah habis menamatkan alam persekolahan dan bekerja.

Pertemuan semula bekas ahli-ahli Pasukan BEST 1006 tersebut menjadi satu kenangan manis yang sukar dilupakan sepanjang hayat, di mana mereka akan merancang lagi bagi sambutan 40 tahun penubuhan Pasukan BEST 1006.

ARTIKEL YANG SAMA