Pasukan BMP juara Baker Doubles Fun Bowl

Pasukan BMP juara Baker Doubles Fun Bowl

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Pasukan BMP (Edward Choo dan Yapp Teck Chung) muncul juara dalam Baker Doubles Fun Bowl yang diadakan semalam yang berlangsung di MegaStrike Bowl, Airport Mall, di sini.

Seramai 33 pasukan beregu mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Boling Daerah Brunei dan Muara itu.

Acara itu dianjurkan sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2016 dengan tujuan untuk mengukuhkan ikatan antara pemain masyarakat boling di Brunei Darussalam.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Pengerusi 2 Persatuan Tenpin Boling Daerah Brunei dan Muara, Haji Bakar bin Haji Ahmad.

Gambar ramai para peserta bersama tetamu kehormat.
Gambar ramai para peserta bersama tetamu kehormat.