Pasukan Bola Jaring Malaysia tewaskan Singapura

Pasukan Bola Jaring Malaysia tewaskan Singapura

Oleh Mohammad Abdullah

 

BANDAR SERI BEGWAN, 24 Nov – Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Pasukan Singapura 67-33 dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7) dan mendominasi permainan sejak awal pusingan lagi dengan kedudukan 15-7.

Pada pusingan seterusnya Pasukan Malaysia menunjukkan permainan hebat dan mengatasi lawannya dengan kedudukan 17-7, 16-1 dan 19-8.

Ini merupakan kemenangan kedua bagi Malaysia setelah mengalahkan Thailand kelmarin.

Pemain pertahanan Malaysia (biru) cuba menghalang percubaan penyerang Singapura.
Pemain pertahanan Malaysia (biru) cuba menghalang percubaan penyerang Singapura.

pg24_151125_LOGO ASG7

Pasukan Malaysia akan bertemu dengan Pasukan Brunei esok. Brunei pula kalah menentang Thailand dengan kedudukan 45-20. Semasa perlawanan dengan Thailand yang berlangsung di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah, Brunei pada pusingan awal berjaya menandingi rentak permainan Thailand, namun tewas 7-4.

Perlawanan pusingan seterusnya, permainan Brunei semakin merosot, manakala Thailand mendominasi permainan dengan rentak permainan laju dan pada pusingan seterusnya lagi Thailand memenangi 15-7, 12-4 dan 11-5.Pasukan Brunei sedaya upaya menghalang serangan Thailand tetapi tewas dengan lontaran gol Thailand sentiasa berhasil.

ARTIKEL YANG SAMA