Pasukan Bola Jaring Sri Lanka tiba di Brunei

Pasukan Bola Jaring Sri Lanka tiba di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Rombongan Pasukan Bola Jaring Sri Lanka State Service terdiri daripada tiga pegawai dan 12 pemain selamat tiba di sini, pagi ini.

Pasukan tentera udara yang turut dibarisi empat pemain kebangsaan Sri Lanka itu akan berada di sini sehingga 8 Mei 2015 nanti bagi mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Brunei Darussalam yang sedang membuat persiapan menghadapi Sukan Asia Tenggara (SEA) 2015.

Perlawanan pertama kedua-dua pasukan dijadualkan berlangsung pada 1 Mei bermula jam 7:00 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, disusuli dengan perlawanan kedua pada 3 Mei bermula jam 4:00 petang.

Kedua-dua pasukan akan bertemu buat kali ketiga pada 4 Mei bermula jam 6:00 petang, disusuli pertembungan keempat pada 6 Mei bermula jam 4:00 petang, dan yang kelima pada 7 Mei bermula jam 10:00 pagi. – Hasrulraizan

Pasukan Bola Jaring Sri Lanka State Service akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam.
Pasukan Bola Jaring Sri Lanka State Service akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA