Pasukan Brunei bawa pulang RM2,000

Pasukan Brunei bawa pulang RM2,000

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Pasukan Brunei Darussalam telah berjaya menangkap pari seberat 3.7 kilogram untuk menduduki tangga ke-10 di Perlawanan Memancing Pantai Pingping, Beaufort, Sabah Malaysia 2016.

Kejayaan dalam perlawanan yang mengambil tempat di Pantai Pingping, Bingsulok, berkenaan membolehkan pasukan yang diketuai Awang Ariffin bin Haji Daud itu pulang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.

Sekitar 400 orang peminat sukan memancing dari Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sarawak, Negeri Sabah dan Negara Brunei Darussalam (12 orang) telah menyertai perlawanan berkenaan.

Gambar ramai pemancing Brunei yang menyertai kejohanan itu.
Gambar ramai pemancing Brunei yang menyertai kejohanan itu.

Peserta dari Sabah telah berjaya memancing seekor ikan pari seberat 7.3 kilogram, yang ternyata menjadi ikan pari terberat berjaya ditangkap semasa perlawanan itu berlangsung sekaligus membolehkannya muncul juara dan menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Naib juara perlawanan pula mendapat hadiah wang tunai RM5,000 manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

ARTIKEL YANG SAMA