Pasukan Brunei juarai kejohanan dart di Labuan

Pasukan Brunei juarai kejohanan dart di Labuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Kejohanan dart tiga orang sepasukan anjuran Persatuan Dart Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung selama dua hari bemula dari 16-17 Mei di Bangunan Timesquare Labuan.

Sebanyak 25 pasukan dari seluruh Borneo menyertai kejohanan tersebut termasuk enam pasukan Negara Brunei Darussalam yang disertai oleh pasukan Brunei Waqi KBT Amazing AS, KDKK, The Bur, Combine, CDD & Phacool.

Pasukan Phacool yang dianggotai oleh Awang Puasa, Haji Zuraini dan Nudin menewaskan pasukan Brunei Waqi KBT Amazing yang dianggotai oleh Pg Mohamed, Abas dan Qahar pada peringkat akhir.

Phacool membawa pulang RM5,000 beserta pingat dan tempat kedua membawa pulang RM2,000 beserta pingat. Pasukan Esbontent.Com (Brunei) dan All4one (Labuan), masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat membawa pulang RM800 beserta pingat.

Untuk bahagian second chance, pasukan Eko Damai (Sabah) mendapat tempat pertama denga membawa pulang RM1,000 beserta pingat dan PDL (Labuan) di tempat kedua membawa pulang RM600 beserta pingat. The Bur (Brunei) dan Usai-Usai (Labuan) yang mendapat tempat ketiga dan keempat membawa pulang hadiah wang tunai RM200 beserta pingat. Hadiah hadiah disampaikan oleh Pengerusi Kejohanan iaitu Mohd Fadly Bin Abd Kamis dan Clarence Almodiel Pengurus House of Friend. – Dk Syafa Pgm

Pasukan Negara Brunei Darussalam berjaya merangkul Piala Labuan untuk Kejohanan Dart di Bangunan Timesquare Labuan.
Pasukan Negara Brunei Darussalam berjaya merangkul Piala Labuan untuk Kejohanan Dart di Bangunan Timesquare Labuan.

ARTIKEL YANG SAMA