Pasukan Chikara berlepas ke Bandung

Pasukan Chikara berlepas ke Bandung

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fadhil Yunus

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Pasukan Chikara hari ini bertolak ke Bandung Indonesia bagi menyertai Kejohanan Bola Lisut Wanita Terbuka ASEAN – Kejohanan Piala Gorgeous XVI yang bermula dari 20 hingga 28 Februari 2016.

Lapan pasukan akan berentap dalam kejohanan dwitahunan itu antaranya adalah pasukan dari Jakarta, Bandung dan Papua New Guinea.

Pasukan Chikara pernah mengecap kejayaan apabila dinobatkan johan pada penyertaan yang sama pada edisi ke-13 dan ke-14 sebelum hanya tampil di tempat ketiga pada dua tahun lalu.

Pasukan negara muncul dengan perlawanan pertama menentang Papua New Guinea, dan menurut Pengurus pasukan Awang Mohammed Adi Suwardi bin Haji Noordeen persiapan rapi sudah dibuat bagi memperlengkapkan kesiapsiagaan pasukan dalam kejohanan kali ini.

pg22_160220_b

“Kejohanan ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan kami akan terlibat dalam satu lagi kejohanan di Filipina pada April 2016 ini nanti,” ujarnya lagi.

Chikara kini mempunyai dua orang pemain baru antaranya ialah Sharifah Hajah Fazlina binti Malai Ahmad Murad dan Ling Lee Chuen yang menyertai pasukan berkenaan sejak Februari 2015 tahun lalu dan menjadikan jumlah pemain Chikara kini 17 orang bersama tiga orang pegawai pasukan.

Chikara akan terlibat dalam perlawanan di peringkat kumpulan sebelum layak ke separuh akhir bersama beberapa kumpulan yang menyertai seperti Gorgeous, Bumi Asri, Prambors dan West Papua yang bersaing dalam kategori ‘A’, sementara Pasukan Chikara akan berhadapan dengan pasukan OCBC Nisp dan Lodaya.

ARTIKEL YANG SAMA