Pasukan gasing negara raih tempat ketiga

Pasukan gasing negara raih tempat ketiga

PASUKAN Gasing Negara Brunei Darussalam mendapat tempat ketiga dan menerima wang tunai RM1,000 berserta pingat pada Festival Sukan Dunia Melayu Dunia Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang berlangsung dari 12 hingga 15 Februari lalu. Festival itu disertai 16 pasukan termasuk dari Singapura dan Indonesia. Pasukan Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Awang Jasni bin Haji Ompak, Awang Abdullah bin Bahar, Awang Sapar bin Haji Rashid, Awang Kamis bin Hashim, Awang Amran bin Haji Maidin dan Haji Nayan bin Haji Sisa selaku pengurus pasukan.

pg024_160217_b