Pasukan Ibu Pejabat juara keseluruhan sukan penjara

Pasukan Ibu Pejabat juara keseluruhan sukan penjara

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Sukan Antara Institusi-institusi Jabatan Penjara 2014/2015 berakhir dengan Majlis Penutupan Rasmi yang diadakan di Dewan Jongsarat, Pusat Latihan Jabatan Penjara, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah serta sijil kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Jabatan Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat.

Perlawanan sukan ini adalah di antara Pasukan Penjara Jerudong, Penjara Maraburong dan Pasukan Ibu Pejabat, yang mana antara sukan-sukan yang dipertandingkan ialah olah raga, bola sepak, tarik kalat, bulu tangkis, bola tampar, bola jaring, pingpong dan rentas desa.

Muncul Juara Pungutan Pingat Keseluruhan telah disandang oleh Pasukan Ibu Pejabat, manakala itu, Wadar 668 Awang Mohd Yazid Yatimi bin Yusof diumumkan sebagai Olahragawan Terbaik dan Sarjan 292 Dayang Nur Hashimah binti Abdullah sebagai Olahragawati Terbaik.

pg10_160209_d

Awang Mohd Yazid dan Dayang Nur Hashimah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati terbaik.
Awang Mohd Yazid dan Dayang Nur Hashimah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati terbaik.

Dengan adanya sukan tersebut, ia diharap dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara serta menaikkan mutu sukan Jabatan Penjara.

ARTIKEL YANG SAMA