Pasukan IMT bertolak ke Mindanao

Pasukan IMT bertolak ke Mindanao

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) ke-13 hari ini bertolak ke Mindanao, Republik Filipina bagi menyertai misi pemantauan dan pengamanan di sana.

Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit hadir pada majlis pemergian itu dan menyempurnakan penyerahan bendera negara kepada ketua kontinjen serta memakaikan logo IMT kepada anggota yang menyertainya. Kontinjen terdiri daripada tujuh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai Polis Diraja Brunei (PDB).

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina, Meynardo LB. Montealegre; wakil Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam, wakil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, pengarah-pengarah tentera dan awam Kementerian Pertahanan, komandan-komandan dan ahli-ahli keluarga anggota IMT ke-13.

Timbalan Menteri Pertahanan ketika menyerahkan bendera negara kepada ketua kontinjen.
Timbalan Menteri Pertahanan ketika menyerahkan bendera negara kepada ketua kontinjen.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz ketika memakaikan logo IMT kepada salah seorang anggota Pasukan IMT.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz ketika memakaikan logo IMT kepada salah seorang anggota Pasukan IMT.
Timbalan Menteri Pertahanan, Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama Pasukan IMT ke-13 yang bertolak ke Mindanao.
Timbalan Menteri Pertahanan, Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama Pasukan IMT ke-13 yang bertolak ke Mindanao.

ARTIKEL YANG SAMA