Pasukan IMT ke-12 kembali ke tanah air

Pasukan IMT ke-12 kembali ke tanah air

Gambar oleh Hakim Hayat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) ke-12 hari ini selamat kembali ke tanah air setelah selesai menjalankan tugas di Mindanao, Republik Filipina.

Mereka diraikan dalam satu majlis mengalu-alukan kepulangan kontinjen terdiri daripada enam anggota ABDB dan seorang anggota Polis Diraja Brunei (PDB) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Azman bin Haji Bangkol.

Hadir pada majlis menyambut kepulangan mereka di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Gadong ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar berserta ahli keluarga IMT ke-12.

Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih ketika menanggalkan lencana IMT daripada salah seorang kontinjen IMT-12 Brunei, Leftenan Kolonel Azman bagi menandakan tamatnya misi setahun mereka.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih ketika menanggalkan lencana IMT daripada salah seorang kontinjen IMT-12 Brunei, Leftenan Kolonel Azman bagi menandakan tamatnya misi setahun mereka.
Pemerintah ABDB, Pesuruhjaya Polis, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Duta Filipina dan para pegawai kanan kerajaan dan pegawai pertahanan bergambar ramai bersama kontinjen IMT-12.
Pemerintah ABDB, Pesuruhjaya Polis, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Duta Filipina dan para pegawai kanan kerajaan dan pegawai pertahanan bergambar ramai bersama kontinjen IMT-12.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika mengalu-alukan kepulangan kontinjen IMT-12 Brunei.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika mengalu-alukan kepulangan kontinjen IMT-12 Brunei.
Kepulangan Pasukan IMT ke-12 setelah selesai menjalankan tugas di Mindanao, Republik Filipina.
Kepulangan Pasukan IMT ke-12 setelah selesai menjalankan tugas di Mindanao, Republik Filipina.

Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina, Meynardo LB. Montealegre; wakil Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam; wakil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, wakil pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, pengarah-pengarah Tentera dan Awam Kementerian Pertahanan dan komandan-komandan.

Penghantaran kontinjen IMT ke-12 tahun lepas pada 28 Ogos 2015 telah diambil alih oleh anggota IMT ke-13 yang sudah bertolak kelmarin bagi meneruskan misi pemantauan dan pengamanan.

ARTIKEL YANG SAMA