Pasukan Injector menangi Acara Kaki Tiga

Pasukan Injector menangi Acara Kaki Tiga

Oleh Mohammad Abdullah

 

TUTONG, 24 Nov – Pasukan Injector muncul pemenang Acara Kaki Tiga Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) setelah menewaskan juara tahun lepas Pasukan Piston dalam perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Tutong, di sini.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad.

Muncul di tempat ketiga dalam acara tersebut ialah Pasukan Sproket.

Dalam acara tersebut Pengiran Haji Redzuan menyatakan bahawa permainan tradisi kaki tiga tersebut merupakan kali kedua diadakan oleh pihak PEMODA.

Pasukan Injector memenangi acara kaki tiga tersebut.
Pasukan Injector memenangi acara kaki tiga tersebut.

“Sukan tradisi ini sangat menyeronokkan dan sangat sesuai untuk dimainkan sesama keluarga. Tahun lepas PEMODA telah memperkenalkan kembali sukan ini kepada ahli PEMODA, apatah lagi sukan tradisi ini sudah pupus dalam kalangan generasi muda,” ujar beliau.

Menurut beliau, permainan tradisi tersebut kerap dimainkan sekitar tahun 80an namun telah pupus pada tahun 90an memandangkan generasi muda telah terdedah dengan era teknologi dan proses pemodenan yang semakin pantas.

“Alhamdulillah sejak sukan tradisi ini dipermainkan semula ada laporan yang telah diterima bahawa sukan ini telah mula muncul semula dalam kalangan masyarakat kita,” tambah beliau lagi.

ARTIKEL YANG SAMA