Pasukan Iraq kukuh kawalan di Ramadi

Pasukan Iraq kukuh kawalan di Ramadi

BAGHDAD, 19 Mei – Tentera dan pasukan separa tentera Iraq berkumpul di sekitar Ramadi hari ini, mengharapkan tindak balas segera untuk menawan semula bandar itu daripada kumpulan Islamic State (IS) sebelum ia membina pertahanan di sana.

Dengan strategi keselamatannya musnah dan kewibawaannya berdepan cabaran besar sejak beliau menyandang jawatan itu lapan bulan lalu, Perdana Menteri Haider al-Abadi berusaha melakukan penebusan segera. Namun kumpulan jihad, yang menawan Ramadi pada Ahad menunjukkan mereka mungkin dihapuskan dengan segera, cuba untuk mengekalkan momentum dengan menyerang kerajaan dan pasukan bersekutu di timur bandar.

Abadi telah ‘mengarahkan penubuhan barisan pertahanan baru di Ramadi, untuk pengaturan semula dan penugasan pasukan tempur,’ menurut pejabatnya lewat semalam selepas beliau mengadakan rundingan dengan menteri pertahanan Iran yang mengadakan kunjungan.

Beliau dan Washington juga berharap untuk bergantung pada pasukan biasa dan pejuang tempatan suku ahli Sunah yang baru ditubuhkan dalam Hashed al-Shaabi.

Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi (kanan) dan rakan sejawatan Iran, Hossein Dehghan sebelum mengadakan mesyuarat di kementerian pertahanan Baghdad. Dehghan tiba di bandar Iraq bagi rundingan bersama rakan sejawatannya, sehari selepas kerajaan Iraq mengalami kekalahan atas kejatu-han Ramadi. - AFP
Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi (kanan) dan rakan sejawatan Iran, Hossein Dehghan sebelum mengadakan mesyuarat di kementerian pertahanan Baghdad. Dehghan tiba di bandar Iraq bagi rundingan bersama rakan sejawatannya, sehari selepas kerajaan Iraq mengalami kekalahan atas kejatu-han Ramadi. – AFP

Penyelesaian sebegitu dilihat lebih dapat diterima dalam penduduk Anbar, wilayah yang paling banyak didominasi ahli Sunah, dan satu cara bagi Washington untuk mengekalkan militia disokong Iran untuk didekati.

Kumpulan separa tentera Syiah juga bersemangat untuk menyertai pertempuran Ramadi dan memperdebatkan keengganan Abadi telah membawa kepada kejatuhan bandar wilayah itu.

Berikutan arahan yang terlambat, mereka mula menghantar konvoi pejuang ke Anbar, tempat pasukan anti-IS bergerak, kebanyakannya ke timur dan barat Ramadi.

“Kerajaan AS dan kerajaan Iraq kelihatannya mengikut rentak yang sama bahawa Ramadi perlu menyerang balas sebelum IS mengukuhkan kedudukan,” kata Michael Knights dari Institut Washington. – AFP