Pasukan Istana Maintenance mara separuh akhir

Pasukan Istana Maintenance mara separuh akhir

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Pasukan Istana Maintenance Department menjadi pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Keranjang Sukan Ria Antara Syarikat 2016 setelah berjaya mencacatkan kemenangan keduanya di dalam perlawanan suku akhir Kumpulan A di Dewan Bola Keranjang Batu Bersurat.

Pasukan Propel menjadi mangsa kedua Istana Maintenance Department apabila juara bertahan berkenaan menewaskan Pasukan Propel dengan mata 82-70 untuk memastikan kemaraannya dalam misi mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

Sejurus selepas perlawanan berkenaan, jurulatih Istana Maintenance Department, Rey V. Molina menegaskan rasa berbesar hatinya melihat persembahan yang ditunjukkan anak-anak buahnya dan mahu mereka terus bersemangat untuk berjuang sampai ke perngkat akhir.

“Kami komited untuk terus mempertahankan kejuaraan kami dan akan terus memberikan tumpuan kepada perlawanan yang bakal kami lalui di peringkat separuh akhir nanti,” ujarnya lagi.

Antara aksi pemain dalam perlawanan tersebut.
Antara aksi pemain dalam perlawanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA