Pasukan Jambatan Sg. Kebun terima anugerah

Pasukan Jambatan Sg. Kebun terima anugerah

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Dinie Hamizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Pasukan pengurusan Projek Jambatan Sungai Kebun, baru-baru ini, telah memberikan anugerah kepada beberapa orang kakitangannya bagi mempromosikan tempat kerja yang selamat.

Majlis bersempena pencapaian ‘2 Million Man Hours Without LTI (Lost Time Injury)’ itu diharap akan membawa kepada standard keselamatan menjadi amalan mereka serta menggalakkan lebih ramai kakitangan terus mematuhi standard HSE (Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar).

Menurut Pengurus HSE Daelim Industrial Co., Ltd, Pengiran Adi Samsul bin Pengiran Haji Annuar di tapak projek berkenaan, mencatatkan dua juta jam kerja merupakan satu pencapaian besar bagi Projek Jambatan Sungai Kebun, namun, mencapainya tanpa kecederaan merupakan peristiwa yang sangat penting.

Sesi bergambar ramai bersama kakitangan di bawah Projek Jambatan Sungai Kebun.
Sesi bergambar ramai bersama kakitangan di bawah Projek Jambatan Sungai Kebun.

Pada majlis itu, Daelim Industrial, SWEE J.V memberikan anugerah ‘Safety Man of The Month’ dan ‘Best Safety Role Model’ kepada kakitangan projek dari Daelim Industrial, SWEE J.V, Dongwoon, BNG Concultants, Freyssinet, KMB, Harun Electrical & Engineering, Haedenand GR Technic.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pengurus Projek Daelim Industrial, Leo Kyoung Jae dan Pengiran Adi Samsul.

ARTIKEL YANG SAMA