Pasukan JIS hampir menggondol semua acara

Pasukan JIS hampir menggondol semua acara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) hari ini mengadakan Kejohanan Bola Jaring JIS di premisnya di Tungku Link menampilkan beberapa siri perlawanan daripada Kategori Bawah 9 Tahun sehingga ke Kategori Bawah 19 tahun.

Kejohanan itu berjaya menarik minat sekolah-sekolah lain termasuk Kolej Anthony Abel, Sekolah Menengah Chung Ching Seria, Sekolah Hornbill, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Sekolah Menengah Rimba II dan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Dalam Kategori Bawah 9 Tahun Pasukan JIS Maroon tampil juara menewaskan JIS Pink dan ISB Falcons, dan Kategori Bawah 10 Tahun dimenangi JIS Maroon diikuti Hornbill dan ISB Tiger di tempat ketiga.

Dalam Kategori Bawah 11 Tahun pula dimenangi oleh JIS Sweet Revenge diikuti di tempat kedua oleh ISB Crystals dan JIS Rebels di tempat ketiga.

Para pemenang bagi Kategori Bawah 15 Tahun bergambar ramai.
Para pemenang bagi Kategori Bawah 15 Tahun bergambar ramai.
Wajah-wajah ceria para pemenang bersama pingat mereka.
Wajah-wajah ceria para pemenang bersama pingat mereka.

ISB Diamond pula muncul juara Kategori Bawah 13 tahun di hadapan JIS Scars dan JIS Yonce di tempat kedua dan ketiga.

JIS Wildcats tampil juara dalam Kategori Bawah 15 Tahun, meninggalkan Pasukan JIS Rangers di tempat kedua sementara Pasukan JIS Omega pula terpaksa akur di tempat ketiga.

Dalam Kategori Bawah 19 Tahun pula, JIS Tigers tampil juara dan gah meninggalkan pasukan JIS Jaguars di tempat kedua sementara JIS Lightning pula terpaksa akur di tempat ketiga.

Kira-kira 48 pasukan menyertai acara enam kumpulan usia itu dan kesemua pasukan menerima sijil penyertaan masing-masing.

Acara itu juga antara lain diadakan bagi menjayakan acara kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan JIS yang diadakan sebagai acara tahunan sekolah tersebut.