Pasukan Kebangsaan B21 pulang dengan kemenangan

Pasukan Kebangsaan B21 pulang dengan kemenangan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Bawah 21 Tahun pulang ke tanah air dengan keputusan yang membanggakan apabila muncul naib juara pada Kejohanan Jemputan Persatuan Bola Jaring Korea yang diadakan di Kota Jeonju Korea, baru-baru ini.

Pada kejohanan itu, pasukan belia negara mencatatkan tiga kemenangan daripada empat perlawanan dan hanya tewas di tangan pasukan terkuat dalam kumpulan iaitu Pasukan Hong Kong dengan perbezaan tujuh jaringan apabila Pasukan Hong Kong meraih mata ke-20 pada wisel penamat perlawanan penentuan.

Pasukan negara berjaya menumpaskan Chinese Taipei 40-27, Jepun 57-8 dan Korea 62-5 menjadikan dan kejohanan itu dijadikan sebagai salah satu persiapan untuk Kejohanan Bola Jaring Belia Asia ke-10 yang akan diadakan pada bulan Mei 2017 di Jeonju, Korea nanti.

Pasukan Bola Jaring B21 tahun Kebangsaan bergambar bersama piala mereka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar BNA
Pasukan Bola Jaring B21 tahun Kebangsaan bergambar bersama piala mereka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar BNA