Pasukan kedua PSG atasi Guingamp

Pasukan kedua PSG atasi Guingamp

PARIS, 10 Mac (Reuters) – Lucas Moura meledak dua gol pada babak kedua apabila pasukan kedua Paris St Germain (PSG) yang juga juara Ligue 1 menewaskan pasukan bawahan Guingamp 2-0, pagi tadi.

Lucas menjaringkan gol pertama menerusi penalti selepas Christopher Nkunku dijatuhkan Jeremy Sorbon pada minit ke-56 ketika dia memasuki kotak penalti.

Penyerang Brazil itu menambah gol kedua pada minit ke-71 apabila tenang menyumbat gol dari dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Layvin Kurzawa.

Dua jaringan Lucas menunjukkan persembahan kurang meyakinkan PSG, berbading corak yang ditampilkan mereka sejak menang gelaran liga apabila membelasah Troyes 9-0, 13 Mac lalu.

Menjelang saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu menentang Manchester City, jurulatih Laurent Blanc melakukan sembilan perubahan dan ia jelas menjejaskan rentak pada awal saingan.

Lucas selepas menjaringkan gol. Lucas meledak dua gol pada babak kedua apabila pasukan kedua Paris St Germain (PSG) menewaskan pasukan bawahan Guingamp 2-0, pagi tadi. - Reuters
Lucas selepas menjaringkan gol. Lucas meledak dua gol pada babak kedua apabila pasukan kedua Paris St Germain (PSG) menewaskan pasukan bawahan Guingamp 2-0, pagi tadi. – Reuters

Zlatan Ibrahimovic, Angel Di Maria, Thiago Silva, Thiago Motta, Edinson Cavani dan Maxwell semuanya berehat, dengan penjaga gol Kevin Trapp dan kapten untuk Blaise Matuidi satu-satunya pemain yang bertahan daripada pasukan yang memulakan di tempat sendiri untuk City.

“Saya berpuas hati dengan prestasi mereka, terutamanya pada separuh kedua,” kata Blanc yang menghantar pasukan paling muda untuk memulakan permainan liga untuk PSG.

“Jangan kita lupa masih ada pemain di luar sana yang pasti akan bermain di Man City. Jadi ia adalah baik bagi mereka untuk mendapatkan keyakinan dan masa bermain, kerana ia akan menjadi perlawanan yang besar pada hari ini.”

ARTIKEL YANG SAMA