Pasukan keselamatan India bertempur buat hari ketiga

Pasukan keselamatan India bertempur buat hari ketiga

SRINAGAR, 22 Feb (Reuters) – Pasukan keselamatan India bertempur buat hari ketiga di tengah-tengah pertarungan sengit senjata api hari ini untuk menyingkirkan para militan yang menyerang sebuah bangunan kerajaan di rantau bertikai Kashmir dan mengorbankan enam orang, menurut para pegawai dan seorang saksi. Selepas pertempuran berhenti semalaman, komando-komando tentera dan polis melancarkan serangan baru untuk mengawal institusi latihan lima tingkat yang telah ditawan oleh para militan.

Tembakan senjata dan bahan letupan dapat didengari di kompleks bangunan berhampiran Srinagar, bandar panas Kashmir, menurut seorang saksi Reuters. Para pegawai polis dan tentera India yang berada di tempat kejadian berkata tiga atau empat orang militan bersenjatakan bom api dan mesingan mungkin berada di dalam. Polis berkata seorang militan terbunuh semalam.

“Ini adalah salah satu pertempuran paling lama di Kashmir dalam kenangan terbaru,” kata seorang pegawai tentera, yang tidak mahu didedahkan namanya. “Ini kerana bangunan ini sangat besar dan kami telah mengalami kecederaan dan kematian. Dengan itu kami berwaspada.”

Para pemisah Islam telah bertempur dengan pasukan tentera India di bahagian Kashmir India sejak 1989. India menuduh Pakistan membekalkan senjata dan memberi latihan kepada para pemberontak di bahagian yang dikawalnya dan menghantar mereka ke bahagian India, satu dakwaan yang dinafikan oleh negara jiran itu.

Serangan bermula Sabtu lalu apabila militan-militan menembak ke arah sebuah bas yang membawa polis sebelum memecah masuk ke institusi latihan itu. Lebih 100 orang berada di dalam pada ketika itu. Tiga orang komando tentera India, dua anggota polis dan seorang awam terbunuh dalam pertempuran itu.

Serangan terbaru memperlihatkan persamaan dengan serangan militan lain di India yang mana lelaki cukup terlatih dan lengkap bersenjata telah menawan bangunan-bangunan dan menggunakannya untuk memerangi pasukan keselamatan. Serangan serupa baru-baru ini ke atas pangkalan udara India yang berlaku selama empat hari telah membantukan usaha untuk menghidupkan semula rundingan dua hala antara dua negara nuklear yang bersengketa, India dan Pakistan.

India dan Pakistan terlibat dalam dua dari tiga peperangan sejak kemerdekaan dalam tahun 1947 kerana Kashmir yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam, yang kedua belah pihak menuntutnya sepenuhnya tetapi mentadbir sebahagiannya. Peperangan ketiga meletus kerana pengasasan Bangladesh.

ARTIKEL YANG SAMA