Pasukan Legends rangkul gelaran juara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Pasukan Legends muncul juara pada kejohanan bola jaring dalam Pesta Sukan Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD) 2018 yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam baru-baru ini.

Sementara itu, muncul sebagai naib juara pada kejohanan itu adalah Pasukan GOBF dan Pasukan IMX Netters berada di tempat ketiga.

Kejohanan tersebut turut menyaksikan Nurlaylasahira Abdul Rahim daripada Pasukan IMX Netters diumumkan sebagai pemain pertahanan terbaik.

Manakala, penjaring terbaik pula disandang oleh Dayang Nur Amilah Fadhlina Hamdan daripada A Team dan Dayang Nur Haziqah Mazlani daripada Pasukan Legends sebagi pemain terbaik. Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan itu ialah Yang Di-Pertua PMUBD sesi 2017/2018, Mohammad Ashmeer anak lelaki Imtiaz Ahmad.

Para pemenang mengambil kesempatan bergambar ramai bersama pingat masing-masing.