Pasukan Lela ...

Pasukan Lela Cheteria ukir nama di Sabah

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Kejayaan dan kecemerlangan Pasukan Lela Cheteria disambut baik oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar selaku penaung pasukan tersebut setiba mereka di Negara Brunei Darussalam.

Pasukan Lela Cheteria telah menempah kejayaan dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah kali ke-4 dengan membawa pulang tiga piala kemenangan bagi tiga acara di peringkat akhir.

Pasukan tersebut telah menduduki tempat ketiga dalam merebut Trofi Sabah Head of State dengan catatan masa 3:50:21. Juara dalam pelumbaan tersebut ialah Pasukan Sayang Lawas (3:48:66), manakala tempat kedua disandang oleh Pasukan Lumba Perahu Mukim Saba (3:49.80).

Pasukan Lela Cheteria bergambar ramai kenang-kenangan bersama penaung pasukan berkenaan.
Pasukan Lela Cheteria bergambar ramai kenang-kenangan bersama penaung pasukan berkenaan.

Acara Pasukan Campuran Terbuka 200 Meter (12 pekayuh). Pasukan Lela Cheteria menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:02:40. Juara dalam acara tersebut dimenangi oleh Pasukan Brunei Dragon Boat (1:01:96) dan Pasukan Kuching Dragon Boat Club, Sarawak pula berada di tempat ketiga (1:02:59).

Pasukan Pekayuh dari Brunei menguasai perlumbaan pasukan campuran. Juara dimenangi oleh Pasukan Seri Pahlawan Brunei Muara dengan catatan masa 3.52.14. Sementara Pasukan Lela Cheteria menduduki tempat kedua (3:52.35) dan Pasukan Brunei Dragon Boat menduduki tempat ketiga (3:52:67).

Perlumbaan perahu naga antarabangsa tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 hingga 14 Mei yang lalu.

ARTIKEL YANG SAMA