Pasukan Maktab SOAS juarai kejohanan hoki

Pasukan Maktab SOAS juarai kejohanan hoki

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) berjaya muncul juara Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara 2016 selepas menewaskan Pasukan Sekolah Menengah Tanjong Maya.

Perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah menyaksikan Pasukan Maktab SOAS menundukkan SM Tanjong Maya untuk memastikan mereka muncul juara kejohanan.

Sementara itu skuad perempuan SM Sufri Bolkiah pula muncul juara selepas membenam Pasukan SM Tanjong Maya 1-0.

Tempat ketiga bagi pasukan lelaki ialah dari SM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah selepas berjaya menumpaskan Pasukan SM Sayyidina Husain 2-0.

Pasukan SM Sayyidina Husain mendapat tempat ketiga apabila berjaya mengalahkan Pasukan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan 2-0.

Pasukan juara bagi kategori lelaki dan perempuan Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara 2016. – Gambar Khairil Hassan
GAMBAR ATAS & BAWAH: Pasukan juara bagi kategori lelaki dan perempuan Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara 2016. – Gambar Khairil Hassan