Pasukan Media juarai Kejohanan Paintball Polis

Pasukan Media juarai Kejohanan Paintball Polis

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Sebanyak 10 pasukan terdiri daripada 70 peserta termasuk lapan pasukan diwakili Pasukan Polis Diraja Brunei dan dua pasukan jemputan berentap dalam Kejohanan Paintball sempena Sambutan Hari Polis ke-95 di Kompleks Arena Paintball, Royal Brunei Technical Services, Jerudong hari ini.

Pasukan Polis Diraja Brunei diwakili Pasukan Daerah Polis Brunei dan Muara 1, Pasukan Daerah Polis Brunei dan Muara 2, Pasukan Daerah Polis Tutong, Pasukan Jabatan Gerakan Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Kejiranan Kampung Balai Polis Bandar Seri Begawan dan Balai Polis Berakas, Pasukan Kejiranan Kampung Polis Kampong Ayer dan Balai Polis Muara, Pasukan Kejiranan Kampung Balai Polis Sengkurong dan Balai Polis Limau Manis, Pasukan Kejiranan Kampung Daerah Belait, manakala pasukan jemputan terdiri daripada Pasukan Media dan Pasukan Jabatan Peguam Negara.

Muncul juara kejohanan itu ialah Pasukan Media, diikuti di tempat kedua Pasukan Jabatan Peguam Negara dan di tempat ketiga dimenangi Pasukan Gerakan Polis Diraja Brunei.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika dikenalkan kepada setiap ketua pasukan yang mengkuti kejohanan Paintball sempena Hari Polis ke-95 tahun ini.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika dikenalkan kepada setiap ketua pasukan yang mengkuti kejohanan Paintball sempena Hari Polis ke-95 tahun ini.
Tetamu kehormat diberi peluang untuk menembak ke sasaran.
Tetamu kehormat diberi peluang untuk menembak ke sasaran.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah johan kepada ketua Pasukan Media.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah johan kepada ketua Pasukan Media.
Juara Pasukan Media bergambar ramai dengan tetamu kehormat.
Juara Pasukan Media bergambar ramai dengan tetamu kehormat.
Gambar ramai para peserta dan pegawai kanan serta anggota Polis Diraja Brunei.
Gambar ramai para peserta dan pegawai kanan serta anggota Polis Diraja Brunei.

Hadir menyampaikan trofi kepada pemenang ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Pertandingan bertujuan menyemai semangat kesukanan dalam sukan baru di negara ini di samping merapatkan hubungan silaturahim antara polis, ahli Pengawasan Kejiranan Kampung, Jabatan Peguam Negara, pihak media dan juga Pasukan Polis Diraja Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA