Pasukan Modasys juarai Funbowl

Pasukan Modasys juarai Funbowl

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Pasukan Modasys telah menjuarai Kejohanan Korporat Funbowl Jemputan 2015 anjuran Modasys yang berlangsung di iBowl Utama Bowling di ibu negara, hari ini.

Tempat kedua disandang oleh pasukan dari Telekom Brunei Berhad (TelBru) diikuti oleh pasukan dari Progresif Cellular Sdn Bhd (PCSB) di tempat ketiga.

Sebanyak empat pasukan telah menyertai kejohanan tersebut iaitu dari TelBru, Huawei, PCSB dan Modasys.

Perlawanan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara syarikat-syarikat dan di samping diharap dapat meningkatkan lagi sukan boling di Negara Brunei Darussalam.

Pemenang bersama piala kemenangan masing-masing.
Pemenang bersama piala kemenangan masing-masing.
Bergambar ramai bersama yang terlibat.
Bergambar ramai bersama yang terlibat.

ARTIKEL YANG SAMA