Pasukan Moe Muncul Juara

Pasukan Moe Muncul Juara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Pasukan bola jaring Kementerian Pendidikan (MOE) bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk dijinakkan dan ia terbukti apabila sekali lagi pasukan tersebut menjulang Piala Kejohanan Bola Jaring antara kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke 21 Tahun 2015 hari ini.

Pasukan MOE menerima tentangan hebat daripada pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang berhempas pulas mengekang serangan demi serangan pasukan MOE yang akhirnya berkesudahan dengan jaringan 45 – 31.

Pada babak pertama pasukan MOE mendahului KKBS dengan jaringan 10 – 6 sebelum di babak kedua pasukan KKBS cuba mengejar mata namun setelah separuh masa kedudukan masih berpihak kepada pasukan yang dipimpin Hajah Kamsiah Haji Abdul Razak yang bermain sebagai penyerang gol pasukan MOE sehingga berjaya meraih 24 mata berbalas 13.

Anak buah Rosni Yahya selaku jurulatih tampak lebih garang di babak ketiga apabila terus melangkah ke hadapan meninggalkan pasukan KKBS dengan meraih mata 42 – 29 sebelum menutup tirai perlawanan akhir dengan mata penuh 45 – 31.

Dalam satu perkembangan lain bagi merebut kedudukan ke 3 dan 4 pula menyaksikan pasukan Kementerian Kesihatan selaku hos kejohanan kali ini meraih tempat ketiga apabila membenam harapan Kementerian Pembangunan dengan jaringan 43 – 31.

Sesi bergambar ramai  tiga pemenang teratas Piala Kejohanan Bola jaring antara kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke 21 Tahun 2015 semalam.
Sesi bergambar ramai tiga pemenang teratas Piala Kejohanan Bola jaring antara kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke 21 Tahun 2015 semalam.
Tetamu Kehormat ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada pengurus pasukan yang terlibat di dalam kejohanan tersebut.
Tetamu Kehormat ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada pengurus pasukan yang terlibat di dalam kejohanan tersebut.
Aksi dalam perlawanan akhir antara MOE dan KKBS yang akhirnya dimenangi MOE dengan mata 45 – 31.
Aksi dalam perlawanan akhir antara MOE dan KKBS yang akhirnya dimenangi MOE dengan mata 45 – 31.

Kementerian Pendidikan merupakan juara kumpulan A yang berjaya meriah 12 mata penuh dengan 109 kemasukan dan 245 jaringan dan berjaya menumpaskan JPM, MINDEF, KKBS, MOE dan MOC.

KKBS yang berada di tempat kedua kumpulan A berjaya menumpaskan pasukan Kementerian Kesihatan yang berada di atas takhta kumpulan B namun peluang kedua untuk menumpaskan MOE di peringkat akhir hari ini punah apabila pasukan MOE jauh lebih kental dan mendominasi permainan akhir di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas di sini.

Hadir menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang hari ini adalah isteri Menteri Kesihatan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Salmah Haji Hanafiah yang turut berpeluang untuk menyampaikan sijil dan beramah mesra dengan kesemua 10 pengurus-pengurus pasukan yang terlibat dalam kejohanan kali ini.

ARTIKEL YANG SAMA