Pasukan negara akur di tempat keenam

Pasukan negara akur di tempat keenam

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh BNA

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam terpaksa akur berada di tempat keenam daripada lapan buah negara di dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2016.

Sungguhpun tewas pada perlawanan terakhir hari ini ketika berhadapan Pasukan Thailand di dalam perlawanan penentuan bagi kedudukan kelima dan keenam, pasukan bola jaring negara berjaya memperbaiki pencapaian dan prestasi nya didalam kejohanan itu berbanding penyertaan lalu pada tahun 2014.

Pasukan Bola Jaring Kebangsaan telah mencatatkan satu kemenangan di dalam peringkat kumpulan dan satu kemenangan ketika perlawanan kalah mati menentang Chinese Taipei semalam bagi melayakkan mereka ke perlawanan hari ini menentang pasukan tuan rumah, Thailand.

Ketika dihubungi ketua jurulatih bola jaring kebangsaan negara menegaskan bahawa ketinggian boleh menjadi kelebihan namun bukan sebagai sandaran untuk menang kerana apa yang perlu di dalam sukan ini adalah kerjasama berpasukan dan keinginan serta semangat juang yang tinggi.

Gambar ramai Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang menyertai Kejohanan Bola Jaring Asia 2016.
Gambar ramai Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang menyertai Kejohanan Bola Jaring Asia 2016.

“Sebelum perlawanan saya berpesan kepada mereka untuk fokus pada sasaran jaringan dan lebih cepat mengatur serangan, itu adalah keutamaan pada perlawanan menentang Thailand hari ini.” ujarnya.

Namun menurutnya kita sudah melakukan yang terbaik namun terpaksa akur dengan kekelahan yang sekali gus menempatkan Brunei Darussalm pada kedudukan keenam dalam kejohanan kali ini.

“Pasukan ini bersatu dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi meskipun baru ditubuhkan, dengan gabungan pengalaman dan kepantasan di dalam skuad campuran pemain lama dan baru ini, pada saya pencapaian kali ini adalah sangat baik.” tegasnya lagi.

Tambah beliau lagi, kekalahan 58-21 hari ini kebanyakannya berpunca daripada kurangnya fokus dan komunikasi dalam kalangan pemain selain terdapat banyak kesilapan pada pertahanan dan kelambatan pada hantaran terutama di bahagian tepi kerana kepantasan adalah kunci kejayaan dalam perlawanan yang semenangnya pantas seperti diamalkan oleh Pasukan Thailand.