Pasukan negara berjaya tamatkan larian

Pasukan negara berjaya tamatkan larian

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Pasukan Negara Brunei Darussalam, ‘My Pace My Run’ berjaya mengharumkan nama negara selepas masing-masing menamatkan cabaran dalam Larian 42Km Borneo International Marathon 2016 yang bermula dan berakhir di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Pada larian tersebut, para peserta berjaya menamatkan larian dengan masing-masing membawa bendera Negara Brunei Darussalam.

Penyertaan pasukan tersebut antara lain bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan, di samping menguji ketahanan diri dari segi mental dan fizikal.

Pasukan My Pace My Run bergamar ramai bersama bendera negara di larian tersebut.
Pasukan My Pace My Run bergamar ramai bersama bendera negara di larian tersebut.

Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturrahim para peserta dan untuk memupuk minat para belia tempatan khasnya dalam meningkatkan minat mereka khusunya dalam bidang sukan.

Ia merupakan larian pertama pasukan berkenaan yang diadakan di luar negara dalam usaha untuk meningkatkan lagi nama Negara Brunei Darussalam di luar negara.