Pasukan negara mulakan aksi menentang Korea

Pasukan negara mulakan aksi menentang Korea

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Skuad Sepak Takraw Kebangsaan Negara Brunei Darussalam hari ini membuka tirai penyertaan Kejohanan Piala Raja Thai ke-31 dengan menentang Pasukan Korea sebelum bertemu dengan Pasukan Filipina dalam Acara Regu pada sebelah petang.

Sementara itu bagi bahagian berpasukan pula, Brunei akan bertemu dengan Pasukan Indonesia dan Singapura.

Dalam Acara Double, pasukan negara ditempatkan bersama dengan Pasukan Laos, Myanmar dan Jepun.

Manakala esok, Skuad Kebangsaan Brunei akan menentang Pasukan Laos bagi Acara Berpasukan dan akan menentang Pasukan Myanmar pada 19 Oktober nanti bagi Acara Double sebelum menentang Jepun pada hari yang sama.

Sejurus selepas acara pembukaan rasmi yang diadakan semalam, semua pemain dikehendaki memakai gelang lengan hitam bagi menghormati kemangkatan raja Thailand yang baru sahaja meninggal dunia.

Barisan pemain sebelum menentang Pasukan Filipina kelmarin. – Gambar PESTABARU
Barisan pemain sebelum menentang Pasukan Filipina kelmarin. – Gambar PESTABARU

ARTIKEL YANG SAMA