Pasukan negara raih satu pingat perak dan gangsa

Pasukan negara raih satu pingat perak dan gangsa

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN 30 Mei – Pasukan Lawan Pedang Junior Brunei yang dianggotai Awang Anaqi Danish, Awang Hardiwan Shah dan Awang Mohd Hadi tidak berjaya mengulang pencapaian tahun lalu apabila tewas di tangan pemain dari Thailand pada peringkat separuh akhir acara lawan pedang Junior di Philsport, Filipina.

Namun begitu, di sebalik kekalahan berkenaan barisan pelawan pedang negara muda mempamerkan semangat juang yang tinggi dengan membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa sekembali mereka ke tanah air esok.

Menurut kenyataan Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam, kejohanan kali ini merupakan antara persiapan bagi pasukan lawan pedang kebangsaan untuk kejohanan terbuka lawan pedang Brunei Darussalam 2017 pada Januari nanti.

Mengulas mengenai penyertaan lawan pedang junior, Setiausaha Agung Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam berpendapat bahawa kekecewaan berpasukan perlu diambil positif untuk pembangunan dan peningkatan masa hadapan.

Barisan pelawan pedang junior Brunei darussalam di kejohanan itu
Barisan pelawan pedang junior Brunei darussalam di kejohanan itu

“Meskipun kita berhadapan dengan negara besar dan cabaran yang lebih besar tahun ini kita menunjukkan pengikut yang sangat membanggakan dalam kalangan pelawan pedang negara yang baru mengorak langkah di kancah antarabangsa kejohanan,” ujarnya.

Menurutnya lagi kejohanan seperti ini adalah platform terbaik untuk memperbaiki dan mempelajari kelemahan setiap peserta untuk menjadikan mereka lebih matang dan sekali gus mempertingkatkan lagi keyakinan setiap mereka bagi kejohanan di masa akan datang.

“Kita perlu menetapkan kejohanan sasaran dalam besar seperti sukan Asia Tenggara dan berharap semoga kita berjaya meraih kejayaan dan mengharapkan lebih banyak penyertaan akan dicatatkan dalam kejohanan yang bakal diadakan di Brunei sedikit masa lagi,” tegasnya.

ARTIKEL YANG SAMA