Pasukan negara sertai kejohanan di Taiwan

Pasukan negara sertai kejohanan di Taiwan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Pasukan Bola Keranjang Veteran Negara Brunei Darussalam akan menguji kebolehan mereka menentang pasukan-pasukan veteran yang bakal beraksi di Kejohanan Bola Keranjang Kim Hu Wilayah Kinmen ke-41 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Ogos nanti di Taiwan.

Pasukan veteran negara yang dianggotai oleh pemain-pemain berpengalaman diketuai oleh ketua pasukan, Goh Kim Thiam di mana beliau yakin pasukannya akan memberikan saingan yang terbaik semasa kejohanan itu serta mampu mara ke pusingan seterusnya di kejohanan itu nanti.

Beliau menambah bahawa pasukannya sedang berusaha untuk memperbaiki lagi keserasian corak bermain berpasukan mereka dan menyatakan penghargaan di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh semua pihak.

Sebagai pembakar semangat bagi pasukan veteran itu, pasukan itu menerima tajaan jersi yang disumbangkan oleh Syarikat Neptune di mana tajaan jersi itu disampaikan oleh Lim Kok Kim kepada, Goh Kim Thiam.

Pasukan Veteran Brunei Darussalam bergambar ramai dengan Lim Kok Kim yang menyerahkan tajaan jersi oleh Syarikat Neptune kepada kapten pasukan, Goh Kim Thiam sebelum perlawanan persahabatan bermula diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Gadong.

Sementara itu, sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan itu, pasukan veteran negara telah mengadakan perlawanan bola keranjang persahabatan dengan Pasukan Media dan Rakan-rakan (M&F) yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Selain sebagai persediaan akhir bagi pasukan veteran kebangsaan, perlawanan persahabatan itu juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pemain.

ARTIKEL YANG SAMA