Pasukan No Mercy unggul

Pasukan No Mercy unggul

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

TEMBURONG, 30 Ogos – RDJ baru-baru ini telah menganjurkan Kejohanan Mini Bola Tampar RDJ di Gelanggang Bola Tampar Kampung Amo B.

Tampil juara dalam kejohanan mini itu adalah Pasukan No Mercy yang meninggalkan saingan terdekatnya iaitu Pasukan Polis Daerah Temburong selaku pasukan jemputan di tempat kedua, diikuti oleh Pasukan No Fear di tempat ketiga.

Dua lagi pasukan yang menyertai kejohanan mini, sekali gus melengkapkan kejohanan yang julung-julung kali diadakan itu adalah Pasukan JSMH dan Pasukan Segau-Segau.

Antara peserta dalam kejohanan mini itu. – Gambar RDJ
Antara peserta dalam kejohanan mini itu. – Gambar RDJ

Menurut jurucakap RDJ antara tujuan kejohanan adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia, sekali gus menjadi platform gaya hidup sihat dalam kalangan warga di daerah berkenaan.

Hadir menyaksikan perlawanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Haji Abdul Rahim Bakar bin Abdullah Nyuak.