Pasukan Pancaragam TLDB, AS hiburkan Pusat SMARTER

Pasukan Pancaragam TLDB, AS hiburkan Pusat SMARTER

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bersama Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS) telah menghiburkan lebih 100 kanak-kanak autisme serta penjaga mereka dengan membuat persembahan di SMARTER Autism Edge Centre di Kampung Mata-Mata, Gadong, di sini.

Persembahan berkenaan merupakan salah satu program yang dijalankan sempena latihan ketenteraan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan AS dalam Eksesais Latihan dan Kesediaan Apungan (CARAT) ke-21 yang sedang berlangsung di negara ini.

Acara tersebut telah dimulakan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman kepada kedua-duanya, Pasukan Pancaragam TLDB dan Seventh Fleet Band, Angkatan Laut AS kerana meluangkan masa untuk menghiburkan sambil berinteraksi bersama kanak-kanak autisme menerusi persembahan muzik mereka.

“Pengalaman dihiburkan dan berhibur semasa persembahan mereka memberikan nilai tambah kepada ‘Individual With Autism’ (IWAs) kami untuk sama-sama aktif menyertai persembahan dengan menari dan menyanyi bersama-sama dengan kedua-dua kumpulan tersebut,” jelasnya.

Warga SMARTER berasa terhibur dengan persembahan yang disampaikan.
Warga SMARTER berasa terhibur dengan persembahan yang disampaikan.
Malai Haji Abdullah (kiri) ketika bertukar-tukar cenderahati dengan Pasukan Pancaragam TLDB.
Malai Haji Abdullah (kiri) ketika bertukar-tukar cenderahati dengan Pasukan Pancaragam TLDB.

pg10_151105_e

Gelagat pasukan Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut AS semasa membuat persembahan di Pusat SMARTER.
Gelagat pasukan Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut AS semasa membuat persembahan di Pusat SMARTER.

ARTIKEL YANG SAMA