Pasukan pengaman diraikan

Pasukan pengaman diraikan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Bagi menyambut kepulangan Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam ke-12 (IMT-12) di Mindanao, Filipina dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mengikuti penugasan di bawah Batalion Malaysia 850-3 (Malbatt 850-3) dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), satu majlis Doa Kesyukuran diadakan di Surau Kementerian Pertahanan hari ini.

Hadir di majlis berkenaan ialah Pemangku Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera.

Juga hadir ialah Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei, ACP Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Metali, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Kontinjen IMT-12 telah pulang ke tanah air pada 16 September lalu manakala Kontinjen ABDB UNIFIL pulang pada 6 Oktober lalu.

Pemangku Menteri Pertahanan beramah mesra bersama anggota yang diraikan.
Pemangku Menteri Pertahanan beramah mesra bersama anggota yang diraikan.