Pasukan Petanque Brunei berentap di Miri

Pasukan Petanque Brunei berentap di Miri

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh PPBD

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Pasukan petanque kebangsaan akan menyertai kejohanan sukan petanque serantau Borneo iaitu Kejohanan Piala Petanque Borneo Ke-6 di Miri, Sarawak yang akan berlangsung pada 26 hingga 27 November ini.

Negara Brunei Darussalam akan menghantar seramai tujuh pemain lelaki dan tujuh pemain wanita bagi mewakili negara pada kejohanan tersebut.

Turut serta selaku pengurus pasukan kebangsaan ialah Timbalan Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam, Haji Abdul Karim bin Haji Ahmad.

Pasukan negara akan bertolak ke Sarawak esok bagi menyertai kejohanan itu, di mana ia pertama kali diadakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2011 dan sekali lagi pada tahun 2012 di mana pasukan negara telah menjuarai kedua-dua penganjuran itu sebelum ini.

Buat pertama kalinya tahun ini wilayah dari Kalimantan Indonesia akan menyertai kejohanan ini untuk menambah saingan dalam kejohanan berkenaan.

Barisan pemain negara yang akan menyertai kejohanan tersebut..
Barisan pemain negara yang akan menyertai kejohanan tersebut..

ARTIKEL YANG SAMA