Pasukan Peugeot pamer kehebatan

Pasukan Peugeot pamer kehebatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Kevin Hansen telah mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya meraih kemenangan ketiga kali berturut-turut dalam pertandingan kejohanan Eropah pada perlumbaan FIA World Rallycross Championship di Holjes Sweden.

Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu di Sweden, ianya tidak menghalang tiga buah PEUGEOT 208 WRXs untuk mara ke peringkat separuh akhir di Holjes, salah satu daripada perlawanan WRX utama.

Timmy Hansen yang berada di tangga kelima pada grid separuh akhir pertama terpaksa berhempas pulas memenangi perlumbaan itu dengan penuh bergaya pada perlawanan akhir. Bagaimanapun, beliau terpaksa berpuas hati berada di tempat ketiga di belakang Sebastien Loeb.

Sebastien Loeb memenangi kelayakan pertamanya dan antara pelumba yang sangat kompetitif sepanjang minggu itu. Walau bagaimanapun, beliau hanya berjaya menduduki di tempat kedua dalam perlumbaan akhir tersebut.

Peugeot 208 WRX mara ke peringkat separuh akhir di Holjes.
Peugeot 208 WRX mara ke peringkat separuh akhir di Holjes.

Manakala itu, pasukan Peugeot Hansen pula meraih kutipan mata terbesar sepanjang minggu di kejohanan itu.

Holjes telah menjadi tuan rumah pusingan tiga daripada European Rallycross Championship 2016 yang menyaksikan Kevin Hansen bersinar sekali lagi. Walaupun kebanyakan pesaing banyak terganggu oleh aspek cuaca, beliau bagaimanapun masih menghasilkan prestasi yang mantap untuk merangkul kemenangan ketiga berturut-turut. Pasukan seangkatannya, Davy Jeanney hanya berjaya mencapai peringkat separuh akhir pertandingan WRX.

Pasukan Peugeot Hansen dan Peugeot 208 WRXs telah dikerumuni oleh 44,000 penonton di Holjes Sweden dalam pertunjukan dua model keretanya pada kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA