Pasukan Piston juara Futsal PEMODA

Pasukan Piston juara Futsal PEMODA

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Pasukan Piston muncul juara dalam Kejohanan Futsal PEMODA yang berlangsung di Dewan Serbaguna BIBD, di ibu negara.

Sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan selama sehari tersebut.

Yang Dipertua Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA), Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, berkata kejohanan tersebut adalah sebahagian daripada program perkembangan PEMODA.

Beliau yang turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang berkata, program perkembangan PEMODA itu bukan sahaja bagi meningkatkan pengetahuan mengenai hobi bermotosikal malah juga bagi perkembangan jati diri ahli-ahli.

Selain daripada aktiviti kesukanan, beberapa acara lain turut dirancang sepanjang program tersebut berlangsung termasuk berkaitan keagamaan serta keselamatan jalan raya.

Sesi bergambar ramai Pasukan Piston setelah muncul juara Kejohanan Futsal PEMODA.
Sesi bergambar ramai Pasukan Piston setelah muncul juara Kejohanan Futsal PEMODA.

Antara acara sukan lain adalah termasuk badminton, bola jaring dan boling yang akan berlangsung selama enam bulan.

Pengiran Haji Redzuan menjelaskan bahawa program tersebut bertujuan bukan sahaja untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan malah juga mengeratkan silaturahim di kalangan ahli-ahli PEMODA.

“Lebih daripada 150 ahli telah menyertai acara futsal, penyertaan tersebut adalah sangat memberangsangkan apatah lagi ramai daripada kalangan ahli PEMODA yang lama telah muncul semula untuk memberi sokongan bagi acara PEMODA.”– Mohammad Abdullah