Pasukan Piston juarai boling PEMODA

Pasukan Piston juarai boling PEMODA

SERIA, 14 Feb – Pasukan Piston muncul juara acara boling Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) apabila berjaya mengumpul 574 mata menewaskan pasukan lain dalam acara yang diadakan di Pusat Boling Seria, di sini.

Dalam acara itu Pasukan Throttle muncul di tempat kedua dengan 505 mata dan tempat ketiga disandang oleh Pasukan Fuel Cap dengan 450 mata.

Enam daripada lapan pasukan PEMODA telah menyertai kejohanan boling ini yang mana hanya satu lagi kejohanan sahaja yang tinggal iaitu bola jaring.

Menurut yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, setiap kejohanan yang dianjurkan telah disambut baik oleh ahli-ahli PEMODA yang mana setiap kejohanan daripada futsal, badminton, orienteering, kaki tiga dan boling, setiap pasukan telah menghantar sekurang kurangnya 15 ahli untuk mewakili pasukan masing-masing.

Beliau seterusnya menambah bahawa mata sepenuhnya akan dikumpulkan dan pemenang keseluruhan akan diumumkan semasa Mesyuarat Agung PEMODA pada bulan April nanti.

Warga PEMODA bergambar ramai dalam kejohanan tersebut.
Warga PEMODA bergambar ramai dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan Sukan PEMODA ini telah berjalan sejak bulan Oktober tahun lepas yang mana tujuannya adalah bagi mengeratkan lagi silaturahim warga PEMODA. – Mohammad Abdullah

ARTIKEL YANG SAMA